Kebanyakan dari perempuan yang pernah gagal dalam sesuatu hubungan selalu mengeluarkan statement yang lelaki ni semuanya sama dan lelaki tak boleh nak dipercayai. Perempuan, sekali sudah hilang kepercayaan pada lelaki, agak susah nak beri kepercayaan lagi. kan?

Pada aku sebagai seorang lelaki, aku agak kurang gemar pada statement yang macam tu, sebab tak semua lelaki mempunyai persamaan. Ada lelaki yang tinggi egonya, ada lelaki yang cuma manis berkata2, dan juga ada lelaki yang hanya tau control macho saja. uhukz2x..

Sepupu aku ada cerita pasal ni, ada ustaz yang sentiasa menasihatkan orang2 perempuan supaya jangan percaya pada lelaki, dan mungkin nasihat tersebut jika tidak difikir menggunakan akal boleh menyebabkan semua wanita akan hilang kepercayaan pada lelaki.

Apa yang boleh aku katakan dalam nasihat ustaz tersebut, mungkin ustaz tu nak cakap, jangan percaya pada lelaki hingga boleh menyebabkan maruah sebagai seorang perempuan boleh tergadai. Sebagai perempuan pula, Kenalah sentiasa beringat sebelum terlambat. Jangan sebab kepercayaan yang anda berikan kepada lelaki itu boleh menyebabkan anda sendiri yang tewas.

Lelaki selalu mengambil kesempatan yang telah diberikan, tak kira samada kesempatan pada benda2 yang baik ataupun tidak. Jika perempuan memberi peluang lelaki untuk menodainya, maka lelaki akan menggunakan kesempatan yang ada. Tak semua lelaki itu baik dan tak semua juga lelaki itu tak baik. Jadi fikir2 kan la…

Untuk wanita yang membaca, Patut atau tidak mempercayai lelaki?


terima kasih budak comel

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum .
sila tinggalkan komen anda di sini .
satu pun jadi la .
sapa komen dapat kiss .